Ikuti Kami:

Tayang Babak Berbaur Seksual & Tidak Sensitif, ‘Backstreet Rookie’ Dikenakan Tindakan Disiplin

Tayang Babak Berbaur Seksual & Tidak Sensitif, ‘Backstreet Rookie’ Dikenakan Tindakan Disiplin

Nampak gayanya, “Backstreet Rookie” mungkin berdepan dengan tindakan disiplin kerana menayangkan beberapa babak yang seksual.

Sebelum ini, drama lakonan Ji Chang-wook dan Kim Yoo-jung ini telah menerima kritikan kerana menyelitkan babak seksual seperti pelajar bawah umur yang mendekati seorang lelaki dewasa untuk menyuruhnya membeli rokok selain menciumnya dan babak yang melibatkan pekerja seks. Selain itu, rakaman kamera pada sudut bawah semasa sekumpulan pelajar sekolah sedang menari di karaoke dan babak tidak sensitif apabila penulis webtoon itu melukis badan wanita dalam komiknya sambil membuat bunyi yang tidak senonoh turut dikecam.

backstreet rookie dikecam

Disebabkan oleh babak yang tidak menyenangkan itu, “Backstreet Rookie” telah menerima hampir 6,384 aduan awam. Bahkan wakil daripada Suruhanjaya Standard Komunikasi Korea (KOCSC) turut memberikan kenyataan mengenai hal ini.

Ini adalah program yang menerima aduan awam terbanyak sepanjang tahun ini. Walaupun tak mengambil kira jangka masa tersebut, sememangnya ia menerima aduan yang sangat banyak sekali.

Wakil daripada KOCSC (persatuan perundingan) kemudiannya mengadakan perjumpaan dengan pihak produksi “Backstreet Rookie” bagi mendengarkan penjelasan mereka selepas memutuskan bahawa episod pertama drama (tayangan 19 Jun) tersebut telah melanggar peraturan penyiaran termasuklah klausa “menjaga adab” dan “bahasa penyiaran”.

backstreet rookie dikecam

Proses mendengar penjelasan ini melibatkan wakil daripada stesen penyiaran yang bertanggungjawab supaya menyatakan sebab kenapa mereka membenarkan babak sedemikian ke udara. Perkara ini ditentukan oleh lima orang ahli persatuan perundingan tersebut.

Persatuan perundingan itu turut mengkritik had umur penonton yang ditetapkan untuk drama tersebut.

Sebab utama mengapa terdapat banyak aduan awam yang diterima ialah kerana webtoon ‘Backstreet Rookie’ mempunyai had umur 19+ tetapi mereka cuba mengubahnya kepada 15+ menerusi drama ini. Walaubagaimanapun, mereka cuai ketika menyuntingnya.

Ini kerana banyak perkataan berbaur seksual dan lucah telah digunakan dengan sewenangnya dalam drama tersebut. Bahkan seorang ahli persatuan itu menyatakan bahawa kandungan naskhah itu tidak menggambarkan bahawa ia adalah untuk 15 tahun ke atas sahaja.

ji changwook dan kim yoojung berbeza umur 12 tahun

Selain itu, mereka juga mempersoalkan mengenai isu komodifikasi wanita.

Apabila melihat webtoon tersebut, remaja perempuan telah diobjektifikasikan menerusi pandangan seorang lelaki. Disebabkan drama ini diadaptasi daripada webtoon tersebut, drama ini juga menayangkan pelbagai babak bermasalah yang melibatkan isu komodifikasi wanita.

Bahkan mereka mempersetujui bahawa “Backstreet Rookie” sepertinya tidak sesuai untuk tontonan seisi keluarga, tidak seperti apa yang diuarkan oleh pihak produksi ini pada awalnya.

Disebabkan oleh kontroversi ini, kesemua babak yang bermasalah ini sudah pun dipadamkan daripada perkhidmatan VOD atau pun tayangan semula.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...