Ikuti Kami:

Tayang 4 Jun Ini, SBS Kongsi Klip Dipenuhi Klu Untuk ‘The Penthouse 3’

Tayang 4 Jun Ini, SBS Kongsi Klip Dipenuhi Klu Untuk ‘The Penthouse 3’

Semakin menghampiri tarikh tayangan perdananya, semakin berdebar penonton.

Bakal memasuki musim ketiga dan juga musim terakhir nanti, siri “The Penthouse” telah meriliskan satu teaser pendek sebagai klu kepada penonton baru-baru ini.

Selepas “Taxi Driver” menamatkan tayangan episodnya kelmarin, SBS telah memainkan satu sedutan pendek bagi “The Penthouse 3”.

Walaupun tidak mendedahkan banyak benda namun penonton nyata teruja dengan gambaran kisah mengenai Min Seol-ah dek kemunculan rantai miliknya. Selain turut menyelitkan tatu rama-rama di belakang bahu Na Ae-gyo dan trofi yang menjadi rebutan ramai.

Bukan itu sahaja, satu pendedahan hebat telah dibuat ketika tayangan episod istimewa drama ini iaitu “The Penthouse Hidden Room”,

Episod pertama musim terbaru ini akan menayangkan babak yang paling mengejutkan dalam kesemua musim. Satu perkara yang ‘gila’ akan terjadi pada patung di Hera Palace.

Cepatlah 4 Jun, dah tak sabar betul ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...