Ikuti Kami:

Tayang 2026 Ini, Drama ‘Wife Of A 21st Century Prince’ Umum Barisan Pelakon Penuh

Tayang 2026 Ini, Drama ‘Wife Of A 21st Century Prince’ Umum Barisan Pelakon Penuh

Siap sedia semua untuk saksikan gandingan antara IU dan Byeon Woo-seok dalam sebuah drama!

Terbaru, MBC telah mengesahkan “Wife of a 21st Century Prince” sebagai drama Jumaat-Sabtu yang akan disiarkan pada 2026 nanti.

Selain IU dan Byeon Woo-seok, pelakon lain yang akan turut serta dalam naskhah ini adalah Noh Sang-hyun dan Gong Seung-yeon.

Untuk pengetahuan, “Wife of a 21st Century Prince” akan mengikuti kisah cinta antara Sung Hee-joo (IU), seorang waris chaebol yang mempunyai segala-galanya tetapi hanya berstatus orang biasa dan Lee Wan (Byeon Woo-seok), seorang putera raja yang tidak mempunyai apa-apa walaupun menjadi anak raja.

Sementara itu, drama ini akan diarahkan oleh pengarah Park Joon-hwa yang terkenal dengan projek popular seperti “What’s Wrong With Secretary Kim”, “Alchemy of Souls” dan banyak lagi.

Sama-sama kita nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Sports Donga

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...