Drama apa pula kali ni?
Terbaru, agensi Choi Si-won dan Jung In-sun mengesahkan bahawa mereka berdua telah menerima tawaran untuk berlakon drama baru iaitu “DNA Lover”. Namun, dua pelakon berbakat ini masih meneliti dan belum mengesahkan untuk menerima tawaran itu atau tidak.
Untuk pengetahuan “DNA Lover” ialah sebuah drama komedi romantik di mana, Han So-jin bekerja sebagai seorang penyelidik genetik dan selalu tidak bernasib baik dalam hubungan percintaan. Oleh sebab itu, dia membuat keputusan untuk mencari cinta sejati melalui genetik.
Dalam “DNA Lover” Jung In-sun dilamar untuk memegang watak utama sebagai Han So-jin manakala Choi Si-won perlu melakonkan watak sebagai seorang doktor sakit puan yang kacak bernama Shim Yeon-woo.
Drama ini dijangka akan mula ditayangkan pada tahun depan dan perbincangan sedang berjalan dengan TV Chosun mengenai penjadualannya.
Tak sabar la nak tengok gabungan antara dua pelakon ni..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.