Ikuti Kami:

“Tarian Seksual..” – Persembahan Provokatif Lisa Di Coachella Dianggap Berlebihan

“Tarian Seksual..” – Persembahan Provokatif Lisa Di Coachella Dianggap Berlebihan

Selepas mencipta rekod bersama BLACKPINK, Lisa kini kembali di pentas Coachella sebagai artis solo.

Pada 11 April, Lisa telah menggegarkan pentas Coachella, dengan mempersembahkan lagu-lagu dari album terbarunya ‘Alter Ego’.

Selain teruja dengan konsep berbeza yang dibawa Lisa di festival muzik itu, perkara lain yang turut menjadi bualan adalah tarian provokatifnya untuk lagu “Money” dan “Elastigirl”.

Dengan lebih 1 juta ‘mention’ di laman X, ramai kagum melihat keyakinan Lisa meskipun ini adalah kali pertama dia membuat persembahan sebagai penyanyi solo di pentas besar itu.

Bagaimanapun, tidak semua orang mempunyai reaksi positif kerana ada juga yang kurang senang melihat tarian 18+ Lisa tambahan pula, dia mempunyai ramai peminat yang masih di bawah umur. Antara komen netizen,

  • Macam melampau sangat je.
  • Kenapa kena masukkan juga tarian seksual..
  • Persembahan dia dah gempak dah tapi tak perlu kot nak melebih macam ni.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   X

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...