Ikuti Kami:

Tangkap Lelaki Mabuk Langgar Lari, Keberanian Jang Dongjoo Dipuji Ramai

Tangkap Lelaki Mabuk Langgar Lari, Keberanian Jang Dongjoo Dipuji Ramai

Mengejutkan apabila pelakon Jang Dong-joo dikhabarkan telah menyaksikan sendiri kejadian langgar lari sebelum bertindak mengejar suspek baru-baru ini.

Malah pelakon lelaki berusia 26 tahun itu telah berkongsi rakaman ‘blackbox’ keretanya bagi mengesahkan kejadian tersebut.

Beberapa jam lalu, saya telah menyaksikan kejadian langgar lari melibatkan sebuah kereta dan sebuah motosikal di hadapan sebuah restoran makanan Cina.

Kerana takut, pemandu berkenaan bertindak melarikan diri selepas melanggar motosikal terbabit.

Tidak berdiam diri, Dong Joo berkata dia memberanikan diri, mengejar pemandu tersebut dan berjaya menangkapnya.

Saya memintanya memberhentikan kereta dan menyuruhnya bertanggungjawab kerana mengakibatkan kemalangan tersebut.

Namun sekali lagi dia melarikan diri sebelum ditangkap semula sekitar Dosan Daero.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 장동주 (@j__dongju)

Katanya lagi, mendedahkan lelaki mabuk berkenaan merupakan seorang Ketua Pegawai Operasi sebuah syarikat hiburan.

Bau alkohol padanya terlalu kuat. Dia berjanji akan bertanggungjawab atas kejadian itu dan menyerahkan kad perniagaannya kepada saya untuk tindakan selanjutnya.

Disebabkan oleh tindakannya yang berani itu, rata-rata netizen membanjirinya dengan pujian. Ini kerana tak semua orang berani untuk menegakkan keadilan seperti itu.

Dalam pada itu, tindakan berani pelakon tersebut mendapat perhatian dan pujian netizen yang menyifatkannya sebagai seorang yang berani dan prihatin.

Sekadar pengetahuan, Jang Dong-joo popular dengan naskhah seperti “Class Of Lies”, “Criminal Minds”, “School 2017” dan filem “Honest Candidate”.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...