Ikuti Kami:

Tangguh Penggambaran Lama Sebab COVID-19, Program ‘Hometown Flex’ Umum Tamat Tayangan

Tangguh Penggambaran Lama Sebab COVID-19, Program ‘Hometown Flex’ Umum Tamat Tayangan

Disebabkan oleh pandemik COVID-19, banyak yang terjejas termasuklah industri hiburan di Korea. Walaupun menerima sambutan yang baik namun khabarnya rancangan “Hometown Flex” disahkan sudah pun menamatkan siarannya pada 20 September lepas.

Kalau anda nak tahu, rancangan ini menggabungkan Lee Seung-gi dan Cha Tae-hyun di mana mereka menjelajah ke pelosok Korea untuk menjalani kehidupan seharian di kampunga halaman selebriti terkenal. Walaubagaimanapun, bermula Ogos, disebabkan kes COVID-19 yang kian meningkat, program berkenaan menangguhkan penggambaran sehingga situasi menjadi terkawal.

hometown flex tamat tayangan

Minggu lepas, tvN mengesahkan bahawa “Hometown Flex” akan menayangkan episod terakhirnya pada 20 September. Disebabkan program tersebut tidak mampu menjalani penggambaran berminggu lamanya, ia telah menayangkan episod khas sahaja sebagai ucapan selamat tinggal kepada penonton.

Walaubagaimanapun, produser “Hometown Flex” telah pun berbicang mengenai kemungkinan musim kedua rancanagan selepas situasi COVID-19 ini pulih.

Sayangnya! Seronok tengok Lee Seung-gi dan Cha Tae-hyun bermain dengan tetamu yang terdiri daripada selebriti popular.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...