Ikuti Kami:

Tang Junsang, Nam Dareum & Ramai Lagi Sah Bakal Bintangi Drama Bersejarah Baru

Tang Junsang, Nam Dareum & Ramai Lagi Sah Bakal Bintangi Drama Bersejarah Baru

Siap sedia semua untuk tonton drama baru yang akan dibintangi ramai pelakon hebat!

Terbaru, pasukan produksi telah mengumumkan drama khas KBS terbaru “The Officer Discusses”, yang akan dibintangi Tang Jun-sang, Nam Da-reum, Choi Hee-jin, Yoon Na-moon, Seo Jin-won dan Jo Han-chul.

Drama ini akan mengikuti kisah seorang inspektor muda yang bertekad untuk mengekalkan sejarah dan seorang putera mahkota yang berusaha memadamkannya untuk menjadi raja.

Dalam drama ini, Tang Jun-sang akan memainkan watak sebagai Nam Yeo-kang, seorang penapis berpangkat rendah di Yemungwan dan harus menghadapi realiti yang keras, berbeza dari apa yang dia bayangkan.

tang junsang nam dareum

Seterusnya, Nam Da-reum akan tampil sebagai Putera Mahkota Joseon, yang terkenal dengan kecerdesan dan kesempurnaannya yang tiada tandingan. Bagaimanapun, rancangannya untuk membawa era baru di Joseon, telah diganggu oleh Yeo-kang.

Sementara itu, “The Officer Discusses” juga dilapor telah mula menjalani penggambaran dan akan menemui penonton pada 5 November nanti.

Jangan lupa tonton!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Dailyan

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...