Ikuti Kami:

“Tanda Kejayaan” – Video Trailer ‘The Witch 2’ Raih 4 Juta Tontonan Hanya Dalam Satu Hari

“Tanda Kejayaan” – Video Trailer ‘The Witch 2’ Raih 4 Juta Tontonan Hanya Dalam Satu Hari

Korang dah sedia ke untuk tonton filem “The Witch” bahagian kedua?

Pada 12 Mei, video trailer untuk filem “The Witch 2: The Other One” telah dikeluarkan, menerima reaksi positif sebaik sahaja ia dimuat naik dalam talian. Bagi yang belum tahu, filem yang diarahkan oleh Park Hoon-jung ini akan menemui penonton pada 15 Jun.

Baru sehari dikeluarkan, video tersebut telah berjaya mengumpul 4 juta tontonan dalam talian, lebih pantas daripada mana-mana karya terbaik yang dijangkakan tahun ini.

Untuk pengetahuan, “The Witch 2: The Other One” ialah filem aksi tentang apa yang berlaku apabila pasukan berbeza mengejar ‘The Girl’, yang terselamat bersendirian dan melarikan diri dari institut penyelidikan rahsia yang dahsyat, untuk tujuan yang berbeza. Ianya akan dibintangi oleh Shin Si-ah dan Park Eun-bin serta Kim Da-mi dan Lee Jong-suk akan membuat penampilan istimewa.

https://www.youtube.com/watch?v=fYmkzl2q9eo

Nantikan keluaran filem ini pada 15 Jun nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...