Ikuti Kami:

Tampilkan ‘Line-Up’ Hebat, JTBC Kongsi Barisan Pelakon Utama Bagi Drama Tahun 2023

Tampilkan ‘Line-Up’ Hebat, JTBC Kongsi Barisan Pelakon Utama Bagi Drama Tahun 2023

Lagi beberapa bulan je nak masuk tahun 2023 dah kan?

Terbaru, pihak drama JTBC berkongsi bahawa mereka ingin meraih perhatian penonton dengan menyediakan lebih banyak elemen dan bahan-bahan filem serta drama yang segar dan mantap.

Menjelang tahun baru, mereka juga ingin menampilkan lebih ramai pelakon hebat serta karya-karya daripada penulis berbakat. Pihak media JTBC turut berkongsi beberapa line-up pelakon untuk projek-projek tahun hadapan.

1. Dr. Cha Jung-sook

Drama ini bakal dilakonkan oleh Uhm Jung-hwa dan Kim Byung-chul  dan drama ini mengisahkan mengenai kehidupan baru Cha Jung-sook, yang hidup bermastautin selepas tinggal di rumah sebagai suri rumah sejak 20 tahun lalu. Cabaran kehidupan baru Cha Jung-sook bermula akibat pengkhianatan suaminya. Wah… macam berat je drama ini!uhm junghwa

2. Agency

Drama yang merupakan arahan daripada pengarah Lee Chang-min dan bakal diterajui oleh Lee Bo-young serta ramai lagi. Drama yang mengisahkan mengenai drama seorang eksekutif wanita, lakonan Lee Bo-young, di sebuah agensi pengiklanan besar dan mempunyai keinginan untuk berjaya lalu membalas dendam. lee boyoung

3. Divine Divorce

Divine Divorce ini mengisahkan mengenai pergolakkan Shin Sung-han lakonan Cho Seung-woo, seorang peguam penceraian. Drama ini akan turut dibintangi oleh Han Hye-jin, Kim Sung-kyun dan Jung Moon-sung. han hyejin

4. Hip

Drama yang akan dilakonkan oleh Han Ji-min dan Lee Min-ki ini mengisahkan mengenai seorang doktor haiwan, Ye Bun (Han Ji-min) yang menunjukkan kuasa besar psikometrik dan detektif Jang Ye-yeol (Lee Min-ki). Menerusi drama ini, mereka juga akan bersama untuk menyelesaikan kes jenayah kecil di kawasan kejiranan, Mujin, Chungcheong-do. han jimin

5. King The Land

“King The Land” mengisahkan mengenai Goo Won, seorang lelaki yang tidak suka ketawa dan Cheon Sa-rang yang sentiasa tersenyum kerana tugasnya sebagai pengusaha hotel. Pelakon Lee Jun-ho bakal memegang watak sebagai Goo Won, pewaris kumpulan ‘King’ dan Yoona Girls’ Generation akan membawa watak sebagai Cheon Sa-rang. yoona

6. Bad Mom

Drama ini adalah drama bergenre komedi yang mengisahkan mengenai Young Soon, yang tidak mempunyai pilihan selain daripada menjadi ibu yang ‘jahat’ kepada anak-anaknya. Drama ini bakal menampilkan Lee Do-hyun, Ra Mi-ram, Ahn Eun-jin dan ramai lagi. lee dohyun

7. Miracle Brothers

Drama ini mengisarkan mengenai Dong Joo, seorang lelaki muda yang mempunyai banyak hutang dan Kang San, seorang lelaki muda yang mempunyai kebolehan misteri. Pelakon Jung Woo bakal membawa watak sebagai Dong Joo, manakala Bae Hyun-sung akan membawa watak sebagai Kang San. jung woo

8. Strong Woman Gang Nam Soon

Drama ini membawa kisah mengenai perjalanan projek global oleh 3 generasi yang dijalankan oleh sepupu Do Bong-soon iaitu Gang Nam-soon (Lee Yoo-mi), ibunya, Gang Geun-joo (Kim Jung-eun) dan neneknya Gil Joong-gan (Kim Hae-sook). Projek global mereka itu adalah untuk mencari situasi sebenar jenayah dadah baharu di Gangnam. lee yoomi

9. Playing Woman

Drama ini mengisahkan percintaan yang menyayat hati antara Ji Hwan (Um Tae-gu), abang sulung kepada sebuah keluarga dan Eun Ha (Han Sun-hwa), seorang kakak yang amat gemarkan kanak-kanak. ha sunhwa

10. Irresistible Love 

Drama arahan Nam Gi-hoon ini merupakan drama bergenre romantik fantasi yang mengisahkan mengenai kisah cinta seorang wanita yang mempunyai sebuah buku terlarang (sumpahan) yang telah dimeterai sejak 300 tahun lalu dan seorang lelaki merupakan mangsa kepada buku tersebut. Drama ini bakal dilakonkan oleh Ha Joon, Rowoon SF9 dan juga Jo Boah. rowoon

Banyaknya drama yang best-best tahun hadapan! Tak sabar!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...