Ikuti Kami:

Tampil Sisi Baru Suzy Sebagai Pelakon, Drama ‘Anna’ Sah Tayang Jun Ini

Tampil Sisi Baru Suzy Sebagai Pelakon, Drama ‘Anna’ Sah Tayang Jun Ini

Setelah sekian lama menanti, akhirnya drama terbaru Suzy bakal menemui peminat pada 24 Jun ini menerusi Coupang Play.

“Anna” ialah drama 8 episod di mana seorang wanita yang mulanya hanya menipu sedikit dan kemudiannya hidup dalam kehidupan orang lain. Suzy membawa watak Yoo-mi, seorang wanita yang menipu kecil pada asalnya dan akhirnya terpaksa melalui kehidupan orang lain.

Menerusi poster yang dimuat naik, dapat dilihat beberapa wajah yang bakal dibawa oleh wanita itu sebagai Yoo-mi. Malah drama ini meningkatkan jangkaan apabila menjanjikan sisi baru Suzy sebagai pelakon.

suzy anna

Dalam pada itu, Jung Eun-chae pula akan memegang watak  Hyun-joo, seorang yang menjalani kehidupan dengan meletakkan dirinya di atas semua orang, melayan mereka tanpa sebarang niat baik mahupun buruk. Dia mempunyai hubungan yang agak tegang dengan Yoo-mi.

Siri Coupang Play ini akan mula bersiaran pada setiap Jumaat bermula 24 Jun ini.

Nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...