Jennie sentiasa menampilkan imej menawa apabila menggayakan pakaian berjenama Calvin Klein.
Baru-baru ini, ahli BLACKPINK itu telah memuat naik vlog disebalik penggambaran kolaborasinya bersama jenama mewah itu di saluran YouTube ‘Jennierubyjane Official’.
Pada awal video, idola itu mendedahkan kejadian disebalik pelancaran kolaborasi itu yang berlangsung di Seoul pada bulan lalu. Katanya, dia gembira dengan sokongan yang diberikan oleh semua pengunjung.
Dalam klip seterusnya, Jennie telah menggayakan kesemua koleksi yang direka sendiri olehnya untuk Calvin Klein di Los Angeles. Bahkan, wanita tersebut dilihat teliti semasa mencuba setiap satu pakaian yang akan digayakannya selain turut mengubah padanan setiap satunya agar sempurna semasa hari penggambaran.
Pada hari photoshoot, Jennie menggayakan baju pertamanya iaitu sweater crop-top berwarna coklat cair. Pakaian kedua ialah satu dress mini yang memeluk lengook badan idola itu dengan sempurna.
Saya akan memakainya dengan baik ketika musim panas, saya dah ada pakaian yang sepadan dengan bentuk badan saya.
Semasa menyarungkan pakaian ketiga iaitu seluar panjang berwarna hitam, komen Jennie dengan bangga,
Nampak tak logo yang comel itu? Saya yang merekanya.
Untuk pakaian terakhir, Jennie mengenakan pakaian dalam berwarna mint. Sambil berbaring di atas gelembung udara dengan menutup badan dengan tuala, kesemua staf di situ mengalih pandangan ke tempat lain bagi menghormati wanita itu,
Saya cuba melemparkan pandangan ke arah yang jauh, saya tak pandang.
Ucapnya,
Terima kasih sangat.
Dalam pada itu, koleksi ini amat bermakna buat Jennie memandangkan idea datang dari ilhamnya sendiri termasuk jenis pakaian dan warna yang dipilih sendiri.
Comel~
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉