Ikuti Kami:

Tampil Sebagai Tetamu Rancangan Lee Seunggi, Han Hyojoo Tonjol Bakat Nyanyian

Tampil Sebagai Tetamu Rancangan Lee Seunggi, Han Hyojoo Tonjol Bakat Nyanyian

Kualiti lakonan yang tidak boleh disangkal lagi, kini Han Hyo-joo tunjuk bakat nyanyian pula. Wah, berbakat betul!

Han Hyo-joo tampil sebagai tetamu dalam siaran Youtube Lee Seung-gi, “HUMAN TABLE”. Melihat kepada itu, tidak hairanlah dia dijemput sebagai tetamu kerana Han Hyoo-joo dan Lee Seung-gi kan memang berkawan baik.

Selain daripada berkongsi tahun kelahiran yang sama, mereka berdua sebelum ini juga pernah bergandingan dalam drama hit, “Brilliant Legacy”. han hyojoo lee seunggiBagi yang belum tahu, “HUMAN TABLE” adalah satu saluran Youtube Lee Seung-gi yang turut menampilkan tukang masak hebat, Yoo Yong-wook untuk bahagian, “Yoo’s Barbecue Lab’. Konsep siaran ini adalah di mana Lee Seung-gi akan bergandingan bersama Yoo Yong-wook untuk menyediakan juadah hebat dan melayani tetamu yang berbeza pada setiap episod. Malah, di akhir rancangan itu juga, mereka akan mempamerkan satu sesi nyanyian bersama live band.

Pada episod kali ini, Han Hyo-joo menyanyikan lagu Jaurim iaitu “Hey Hey Hey”, dan berjaya mengejutkan semua dengan suaranya yang ternyata sangat merdu.

Wah, tak sangka betul Han Hyo-joo boleh menyanyi!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...