Selain berbakat dalam bidang nyanyian dan lakonan, Suzy juga turut dikenali ramai dek kecantikannya yang memukau.
Baru-baru ini, Suzy telah memuat naik beberapa foto di Instagram peribadinya, berkongsi kepada peminat momen percutiannya ketika di London.
Khususnya dalam foto yang dikongsi, wanita itu memakai baju berwarna ungu, digandingkan dengan baju sejuk hitam di bahagian dalam dan skirt denim putih.
Menarik perhatian, Suzy turut berkongsi swafotonya tanpa memakai solekan, meraih pujian ramai dengan kulit mukanya yang mulus. Dengan ini, ramai yang meminta pelakon itu untuk mendedahkan rahsianya bagi mendapatkan kulit wajah yang licin.
View this post on Instagram
Untuk pengetahuan, sebelum ini, Suzy pernah berkongsi bahawa dia mempunyai prinsip penjagaan kulitnya sendiri iaitu untuk memastikan agar dia sentiasa tidur dengan wajah yang bersih dan jangan sekali-kali tidur tanpa menanggalkan solekan.
Selain itu, apabila dia tidak bekerja, Suzy akan cuba untuk tidak memakai apa-apa alat solek.
Tambahan, selain menjaga kulitnya, dia juga turut mengekalkan diet pemakanan seimbang, bersenam dan mendapat rehat yang secukupnya, merupakan peranan penting dalam petua kecantikan Suzy.
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉