Apa sahaja yang digayakan BLACKPINK, mesti menjadi bualan kan?
Baru-baru ini, BLACKPINK sekali lagi menjadi sebutan dalam kalangan peminat dek kerana penggayaan pakaian mereka sewaktu konsert jelajah dunia, “BORN PINK” mereka.
BLACKPINK sering kali menggayakan pakaian dari jenama-jenama terkenal jika mereka menjelajah ke luar negara. Untuk konsert jelajah mereka kali ini, mereka menggayakan pakaian dari jenama yang mengambil mereka menjadi duta, antaranya, Dior, Celina dan Gentle Monster.
View this post on Instagram
Jisoo mengenakan pakaian berjenama Dior sewaktu konsert jelajah mereka. Tampil dengan gaya yang kasual dan ‘chic’, penampilan Jisoo dipuji peminat kerana gaya itu tampak sangat selesa baginya.
View this post on Instagram
Lisa pula tampil menggayakan pakaian daripada beberapa jenama terkenal seperti Vivienne Westwood, dan turut menggayakan jeans daripada jenama Celine. Semua pasti tahu bahawa Lisa merupakan duta bagi jenama Celina, dek kerana itu juga seluar jeans itu kini menjadi rebutan peminat. Nak ikut ‘style’ Lisa la gitu!
View this post on Instagram
Tampil dengan berkaca mata hitam daripada jenama terkenal, Gentle Monster, penampilan Jennie turut mendapat pujian. Tidak dinafikan, gaya yang dibawa Jennie kali ini tampak sangat bersahaja namun masih mengekalkan aura eksklusifnya sebagai duta jenama mewah.
View this post on Instagram
Tidak ketinggalan gaya Rosé yang turut menyerlahkan lagi aura ‘natural beauty’ serta bentuk badannya yang langsing. Menggayakan pakaian dari jenama mewah seperti Miaou, Alice + Olivia dan juga kasut daripada Dr. Martens, kini gaya itu juga mula menjadi trend fesyen dalam kalangan peminat.
BLACKPINK ni pakai baju biasa ke mahal ke, tetap nampak cantik!