Ikuti Kami:

Beli Bangunan Baru, Jun Jihyun Miliki 3 Pusat Beli-Belah Bernilai Lebih RM300 Juta Kini

Beli Bangunan Baru, Jun Jihyun Miliki 3 Pusat Beli-Belah Bernilai Lebih RM300 Juta Kini

Bukan sahaja sibuk dengan akiviti seni namun Jun Ji-hyun juga tidak melepaskan peluang untuk terus melabur dalam hartanah.

Terbaru, pelakon wanita itu dikhabarkan telah membeli sebuah bangunan komesial di Deungchon-dong, Gangseon-gu, Seoul dengan harga 50.5 bilion won (RM171.4 juta) dari Bank Kookmin pada 25 Februari.

Menurut laporan, bangunan yang dibeli itu dibina pada Februari 2019 oleh AM Plus Asser Development, pembangun hartanah yang dibina bersama oleh Aekyung Group dan Persatuan Bantuan Bersama Kenteraan di mana ianya mempunyai tiga tingkat (5,098 meter persegi).

jun jihyun

Bangunan itu dijual kepada Bank Kookmin pada harga 35 bilion won pada Mac lalu dan kini, LG Best Shop yang menjual barangan LG Electronic telah menandatangani kontrak menyewa berharga 600 milion won (RM2 juta) selama 10 tahun sejak Mac 2019.

Jun Ji-hyun melengkapi pendaftaran pemilikan tiga minggu selepas menandatangani kontrak penjualan pada 4 Februari. Melihatkan Bank Shinhan yang meletakkan cagaran sebanyak 33.6 bilion won (RM114 juta) (120% daripada jumlah pinjaman normal) pada bangunan itu semasa dibeli. Dana pembelian asal dan cagaran hartanah itu dianggarkan berjumlah 22.5 bilion won (RM76.3 juta) dan 28 bilion won (RM95 juta) masing-masing.

jun jihyun

Jun Ji-hyun dikhabarkan mempunyai empat hartanah di Seoul sahaja. Selain I-Park Samsung Apartment di Gangnam-gu, Seoul, terdapat tiga bangunan komersial termasuklah bangunan baru ini, pusat beli-belah di Ichon-dong, Yongsan-gu, Seoul dan pusat beli-belah di Samsung-dong, Gangnam-gu. Apabila dikira, pelakon itu memiliki tiga bangunan komersial bernilai 88.8 bilion won (RM301.4 juta) berdasarkan harga pembeliannya.

Memang kaya sungguh Jun Ji-hyun!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...