Utama Drama Korea Tamat Sempurna, Episod Akhir ‘Lovers Of The Red Sky’ Raih Rating Tertinggi...

Tamat Sempurna, Episod Akhir ‘Lovers Of The Red Sky’ Raih Rating Tertinggi Sepanjang Tayangan

sbs lovers of the red sky

Tamat sudah drama “Lovers Of The Sky” daripada bersiaran kini. Anda okay tak?

Sinopsis

Ia membawa cerita misteri dan menawan mengenai Hong Chun-gi (Kim Yoo-jung), seorang pelukis wanita yang memasuki Dohwawon (akademi melukis diraja) untuk pertama kalinya dek kemahiran dan pandangannya yang estetik. Walaubagaimanapun, nasibnya mula berbelit apabila mula mengenali Ha Ram (Ahn Hyo-seop) iaitu seseorang yang pandai membaca bintang.

Bahagia mendatang

[Amaran SPOILER]

Meskipun mengalamai kesukaran pada awalnya, syaitan yang mengawal takdir mereka berjaya dimeteraikan. Pun begitu, Hong Chun-gi kehilangan penglihatannya kerana diambil semula oleh syaitan itu.

Melompat ke 5 tahun kemudian, Hong Chun-gi rupanya sudah kembali mendapat penglihatannya dan telah pun berkahwin dengan Ha Ram. Malah mereka mempunyai seorang anak lelaki bernama Ha Jun. Melalui kehidupan yang berbelit sebelum, Putera Yangmyung menghadiahkan satu penghargaan buat mereka di mana ia menandakan generasi akan datang Ha Ram dan Hong Chun-gi akan dapat menjawat posisi yang tinggi dan menjalani kehidupan normal nanti.

sbs lovers of the red sky

Dalam pada itu, Putera Ju-hyang dan Putera Yang-myung telah pun bertempur dalam babak terakhir episod ini. Walaubagaimanapun, ianya tamat dengan kedua adik-beradik itu menghunus pedang ke arah satu sama lain.

Rating memuaskan

Tidak menghampakan, “Lovers Of The Red Sky” menunjukkan prestasi yang memberangsangkan apabila episod akhir ini mencatatkan rating 10.4% sekaligus memecah rekod peribadinya.

Puas tak layan drama ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Loading...