Siapa peminat “Boody Heart”? Sedih tak terpaksa melepaskan drama ini pergi meninggalkan kita?
Sinopsis
Drama romantik politik ini membawa kisah Lee Tae (Lee Joon) yang perlu meninggalkan wanita dicintai untuk hidup dan Yoo Jung (Kang Han-na), seorang wanita yang perlu menjadi permaisuri untuk menyelamatkan diri.
Sedih gembira
[Amaran SPOILER]
Tidak kisah melemparkan dirinya demi cinta, Park Gye-won (Jang Hyuk) terbunuh semasa dalam percubaan menyelamatkan permaisuri Dowager. Dalam masa yang sama, raja Lee Tae menemui bahagia apabila kekasih hatinya, Yoo Jung melahirkan anak lelaki buat mereka.
Bersama mereka meneruskan perjuangan tersendiri dengan adanya sokongan masing-masing.
Rating tertinggi
Selepas 16 episod ditayangkan, “Bloody Heart” berjaya menutup tirainya dengan rating tertinggi iaitu 8.9% sekaligus mengekalkan rekod peribadi yang dicatatkan semasa episod ke-14.
Menurut respon penonton, drama ini diangka sebagai antara drama bersejarah terbaik untuk tahun ini.
Apa kata korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.