Ikuti Kami:

Tamat Mengecewakan, Rating ‘The Potato Lab’ Cipta Sejarah Terburuk Di tvN

Tamat Mengecewakan, Rating ‘The Potato Lab’ Cipta Sejarah Terburuk Di tvN

Drama hujung minggu tvN, “The Potato Lab” menamatkan siarannya dengan suram.

Ia menjadi drama pertama dalam sejarah slot hujung minggu tvN yang mencatatkan rating 1% untuk episod pertama dan terakhir.

Pada 6 Mac, episod akhir “The Potato Lab” disiarkan dan mencatatkan rating tontonan sebanyak 1.8%. Ini 0.2% lebih rendah daripada rating tertingginya iaitu 2.0% (episod ke-4), menandakan drama ini gagal keluar daripada lingkungan 1% hingga ke penghujung.

“The Potato Lab” memulakan siarannya pada 1 Februari dengan rating 1.7%, satu permulaan yang tidak memberangsangkan. Walaupun ia naik sedikit ke 2.0% dalam episod ke-4, momentum itu tidak kekal. Sebaliknya, ia jatuh menjunam ke 1.1% dalam episod ke-5 — rating terendah sepanjang tayangannya — menyebabkan penonton bimbang ia akan mencatat angka 0%, walaupun perkara itu tidak berlaku.

rating the potato lab rendah

Drama 12 episod ini kekal dalam julat 1% untuk hampir keseluruhan siaran, dengan hanya episod ke-4 dan ke-8 melepasi ambang 2.0% — itu pun tipis. Secara keseluruhan, drama ini mencatatkan 10 episod dengan rating 1%, dan purata keseluruhan hanyalah 1.6%. Jelas sekali ia adalah “musim yang gagal” dari segi prestasi tontonan.

Rekod yang ditinggalkan juga bukan sesuatu yang membanggakan. “The Potato Lab” menjadi drama hujung minggu tvN pertama sejak tahun 2017 yang mencatatkan rating 1% untuk episod pertama. Episod ke-5 dengan rating 1.1% turut mencatat sejarah sebagai rating terendah untuk drama hujung minggu tvN sejak “Melting Me Softly” pada tahun 2019.

Akhirnya, ia turut menerima gelaran malang sebagai drama hujung minggu tvN pertama yang tamat dengan rating di bawah 2%.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   My Daily

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...