Ikuti Kami:

Tamat Kini, ‘Kiss Sixth Sense’ No 1 Di Ranking Populariti Disney+ Korea

Tamat Kini, ‘Kiss Sixth Sense’ No 1 Di Ranking Populariti Disney+ Korea

Sayangnya apabila terpaksa melepaskan drama kegemaran pergi selepas ia menamatkan siaran. Samalah seperti “Kiss Sixth Sense” yang telah pun melabuhkan tirainya kelmarin.

Sinopsis

Diadaptasi kepada webtoon baru-baru ini, “Kiss Sixth Sense” membawa kisah Hong Ye-seul (Seo Ji-hye) yang boleh melihat masa hadapan apabila mencium seseorang. Pada suatu hari, dia tanpa sengaja telah tercium bosnya, Cha Min-hu (Yoon Kye-sang) dan dia ternampak mereka berada di atas katil bersama.

Berakhir bahagia

[Amaran SPOILER]

Segala kekusutan akhirnya terlerai apabila Hong Ye-sool mengingati waktu kecilnya bersama Cha Min-hu. Malah Kim Hae-jin yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan ayahnya selain turut mencederakan lelaki kesayangannya telah diberkas kini.

disney+ kiss sixth sense

Meskipun mengalami waktu yang sukar melihat Cha Min-hu terbaring tak sedarkan diri dek kecederaan parah namun wanita itu menemui bahagia selepas lelaki berkenaan kembali sihat sepenuhnya.

Popular di Korea

Selepas tayangan berakhir, “Kiss Sixth Sense” dilihat berjaya menduduki tangga pertama di ranking populariti di Disney+ Korea malah turut tersenarai tinggi di beberapa negara lain seperti Hong Kong, Indonesia, Taiwan dan Singapura.

Korang dah habis layan ke?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...