Ikuti Kami:

Tamat! Drama ‘Chocolate’ Main Dengan Emosi Penonton Sehingga Ke Penghujungnya

Tamat! Drama ‘Chocolate’ Main Dengan Emosi Penonton Sehingga Ke Penghujungnya

Setelah berdebar-debar menantikan kesudahan drama “Chocolate”, ramai penonton nyata menarik nafas lega dengan penamatnya. Naskhah ini berjaya membawa penonton melalui pelbagai emosi sepanjang tayangannya. Namun yang paling jelas ialah babak sedihnya yang bermain dengan perasaan semua orang.

chocolate

Kepada yang tidak tahu, “Chocolate” membawa kisah tentang Lee Kang (Yoon Kyesang) yang membesar di sebuah pekan kecil di tepian pantai dan bercita-cita untuk menjadi seorang tukang masak. Walaubagaimanapun dia membesar menjadi pakar bedah neuro yang tegas tetapi sebenarnya sangat baik dalamnya. Manakala Moon Chayoung (Ha Jiwon), ketika dia kecil, dia telah berkenalan dengan Lee Kang di sebuah restoran kecil di pekan persisiran pantai. Pada hari tersebut, lelaki itu telah menyediakan makanan untuknya dan itu merupakan kenangan yang paling indah dalam hidupnya sehingga membuatkannya menjadi seorang chef. Dunia ini nyata kecil apabila mereka kembali bertemu di wad ‘hospice’.

Drama ini membawa penonton melalui selok-belok kehidupan manusia dengan latar belakang yang berbeza dan membandingkan ia dengan makanan. Bukan sahaja bermain dengan emosi penonton kerana masalah hubungan di antara Chayoung dan Lee Kang bahkan hubungan kekeluargaan di antara wanita itu dan kembarnya iaitu Taehyun turut membuatkan penonton hiba. Tak tambah lagi babak sedih dengan mak Chayoung!

chocolate chocolate

Walaubagaimanapun, drama “Chocolate” membawa penonton mengimbas kembali K-Drama zaman dahulu di mana ia memberikan suasana yang sayu dan ‘slow’. Tapi sakitnya apabila anda rasa macam nak menangis pada saban episod!

Syabas kepada kedua-dua Yoon Kyesang dan Ha Jiwon kerana berjaya bermain dengan emosi penonton!

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...