Ikuti Kami:

Tamat Dengan Rating Tinggi, Penonton Tergamam Lihat Ending ‘The Penthouse 2’

Tamat Dengan Rating Tinggi, Penonton Tergamam Lihat Ending ‘The Penthouse 2’

Penuh debaran dan kejutan, “The Penthouse 2” akhirnya melabuhkan tirai kelmarin.

[Amaran SPOILER]

Harapkan yang terbaik buat watak baik seperti Shim Su-ryeon (Lee Ji-ah) dan Logan Lee (Park Eun-seok) namun penonton nyata tergamam melihat kesudahan musim kedua siri popular itu.

Babak romantik di mana Shim Su-ryeon dan Logan Lee akhirnya bersatu dan mengecapi bahagia bertukar derita apabila kereta yang dinaiki lelaki itu meletup dan wanita kesayangannya menyaksikan tragedi itu berlaku di hadapan matanya sendiri.

sbs the penthouse 2

Penonton menebak bahawa ia mungkin ialah perbuatan Joo Dan-tae (Uhm Ki-joon) kerana dia yang tersenyum apabila menerima nota kecil ‘Logan Lee out’ yang ditulis di dalam surat khabar. Manakala Joon-gi (On Joo-wan) iaitu lelaki misteri yang berkenalan dengan Logan Lee semasa di dalam kapal terbang terus mengundang tanda tayang semua.

Ini kerana, lelaki itu sepertinya kenal dengan Logan Lee dan merupakan entiti yang meninggalkan beg berisi bom di dalam kereta tersebut. Bukan itu sahaja, kehadiran seorang lelaki tua yang memberi isyarat aneh ketika letupan itu berlaku juga membuatkan penonton mempersoalkan siapakah gerangannya.

sbs the penthouse 2

Sudah sampai ke penghujung musim kedua namun Shim Su-ryeon masih lagi belum mampu mengecapi bahagia yang dicarinya.

Rating No 1 bagi setiap slot

Seperti sebelum ini, “The Penthouse 2” kekal di tangga pertama dalam slot tayangan tersebut di mana ianya merekodkan rating sebanyak 21.5%, 25.2%, and 25.8%.

Belum dipastikan bila, namun khabarnya “The Penthouse 3” akan memulakan tayangan pada Jun nanti iaitu selepas drama “Taxi Driver” menamatkan tayangannya. Bahkan dikatakan bahawa ianya hanya menayang satu episod sahaja seminggu.

Korang mesti stres tengok episod akhir kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...