Selepas 12 episod, drama ‘The Art of Negotiation’ telah pun melabuhkan tirainya.
Susulan itu, Lee Je-hoon telah terlibat dalam satu temu bual di mana dia meluahkan harapannya untuk musim kedua drama tersebut. Katanya,
Dalam episod akhir, hutang Kumpulan Sanin masih belum diselesaikan sepenuhnya. Memandangkan cerita itu meninggalkan kemungkinan terbuka untuk apa yang akan berlaku seterusnya, saya berharap cerita susulan akan ditulis.
Sambungnya lagi,
Untuk ‘The Art of Negotiation’, saya percaya drama itu berpotensi untuk musim kedua, mungkin sehingga musim kelima atau lebih. Jika penyiar dan syarikat produksi melihat nilai dalam projek ini, saya sangat berharap mereka dengar keinginan penonton dan meneruskan cerita.
Sementara itu, episod akhir “The Art of Negotiation” telah mencatat rating tinggi mencecah 10.3% di seluruh negara.
Haa korang nak musim seterusnya?