Ikuti Kami:

Tamat Dengan Rating Tertinggi, ‘Bad Prosecutor’ Bakal Ada Musim Kedua?

Tamat Dengan Rating Tertinggi, ‘Bad Prosecutor’ Bakal Ada Musim Kedua?

Sedihnya bila drama kegemaran kita menamatkan tayangan kan? Sama lah apabila “Bad Prosecutor” menamatkan siaran kelmarin.

Sinopsis

“Bad Prosecutor” mengisahkan tentang seorang pendakwa raya yang kurang sopan namun sangat cenderung untuk menegakkan keadilan dengan apa jua cara.

Keadilan tercapai

[Amaran SPOILER]

Dengan menggunakan helah dan ‘akal panjang’ Jin Jeong, dia dan Oh Do-hwan berjaya memerangkap Seo Hyeon-gu. Pun begitu, perjuangan tak berakhir mudah apabila lelaki tua itu berjaya meloloskan diri dan membuang semua fail yang membuktikan segala jenayahnya.

kbs bad prosecutor

Plot twist yang tidak disangka, Jin Jeong berjaya mengumpulkan semula bukti-bukti berkenaan dan menyarungkan jubah pendakwa raya bagi menjerat Oh Do-hwan. Bahkan lelaki itu berjaya disumbat ke dalam penjara akhirnya apabila Park Jae-kyung yang disangka sudah mati kembali dan menjadi saksi utama kes itu.

Di penghujungnya, Jin Jeong diambil memasuki semula Pejabat Perkhidmatan Awam dan kembali bertemu pasukan lamanya. Daripada pendedahan Oh Do-hwan, mereka akan menyiasat kes penyelewengan presiden Park Geon-woo dan bermulalah perjuangan baru.

Dengan ending berkenaan, sepertinya “Bad Prosecutor” memberikan klu bahawa mereka akan ada musim kedua. Siapa tahu?

https://news.nate.com/view/20221111n02859?mid=e0100

Rating tinggi

Untuk episod terakhir ini, drama lakonan Do Kyung-soo dan Lee Se-hee ini berjaya meraih rating sebanyak 6.3% iaitu setanding dengan rekod tertinggi yang dicatatnya pada episod ke-9.

Daripada respon penonton, rata-ratanya memuji plot “Bad Prosecutor” kerana menyajikan jalan cerita mendebarkan pada saban episod hingga membuatkan semua tak sabar menantikan episod seterusnya.

Korang layan tak drama ni?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...