Ikuti Kami:

Tamat Dengan Rating Baik, Ramai Luah Rasa Sedih & Keliru Lihat Ending ‘L.U.C.A: The Beginning’

Tamat Dengan Rating Baik, Ramai Luah Rasa Sedih & Keliru Lihat Ending ‘L.U.C.A: The Beginning’

Walaupun hanya 12 episod, namun “L.U.C.A: The Beginning” mampu memuatkan pelbagai aksi menyayat hati dan mendebarkan sehingga ke penghujungnya.

Sinopsis ringkas

“LUCA: The Beginning” ialah sebuah drama yang berdasarkan kepada teori ‘Origin of Species’ daripada Charles Darwin. Kisah seorang individu telah dilahirkan di dalam sebuah dunia genetik yang misteri dan terpaksa mengharunginya seorang diri.

Diakhiri persoalan

[Amaran SPOILER]

Menghadapi kesusahan apabila dikejar oleh organisasi jahat tersebut, Zi-o (Kim Rae-won) dan Gu-reum (Lee Da-hee) mula betelagah dek pendapat berbeza mengenai hala tuju kehidupan keduanya serta anak perempuan mereka.

ending l.u.c.a: the beginning

Wanita itu kemudiannya mengambil tindakan drastik untuk meninggalkan Zi-o sebelum membawa lari anak perempuannya namun semuanya jadi huru-hara apabila organisasi tersebut dan Kim Chul-soo mula menjadikan Gu-reum sebagai sasaran mereka.

Walaupun nampak seperti sudah membenci, namun Gu-reum langsung tidak kisah melemparkan badannya bagi melindungi Zi-o daripada ditembak. Rata-rata penonton meluahkan rasa sedih melihat wanita itu mati di pangkuan lelaki disayanginya meskipun mereka sudah dapat mengagak pengakhiran tersebut.

Bahkan ada yang mengharapkan musim kedua “L.U.C.A: The Beginning” memandangkan Zi-o kini dilihat mengambil alih tempat ibunya sebagai ketua organisasi jahat tersebut selain anak perempuannya kini yang hilang sebenarnya sudah hidup bersama keluarga lain.

ending l.u.c.a: the beginning

Rating memuaskan sepanjang tayangan

“L.U.C.A.: The Beginning” walaupun tidak menjadi sebutan atau pun topik hangat di laman komuniti namun drama sci-fi ini berjaya meraih rating sekitar 5% sepanjang tayangannya. Malah episod akhir drama ini telah merekodkan rating sebanyak 5.974%.

Meskipun mengangkat tema yang menarik, namu n segelintir penonton sepertinya keliru dengan perkembangan plot drama ini memangdangkan ia hanya mempunyai 12 episod sahaja. Bahkan banyak perkara yang tidak dijelaskan dengan lebih teliti, contohnya latar belakang sebenar kepada organisasi jahat tersebut.

Apa pun, anda syok tak layan “L.U.C.A.: The Beginning”?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...