Ikuti Kami:

Tamat Dengan Rating Baik, Ending ‘Youth Of May’ Runtun Hati Penonton

Tamat Dengan Rating Baik, Ending ‘Youth Of May’ Runtun Hati Penonton

Rasanya ramai yang sedih apabila drama “Youth Of May” sudah pun menamatkan tayangannya kelmarin kan?

Sinopsis

“Youth Of May” ialah sebuah drama melodrama mengisahkan dua anak muda yang jatuh cinta pada Mei 1980, iaitu satu zaman reformasi dan penting dalam sejarah Korea Selatan. Ianya dibintangi oleh Lee Do-hyun, Go Min-si, Geum Sae-rok dan Lee Sang-yi.

Ending yang menyakitkan

[Amaran SPOILER]

Walaupun dalam momen bahagia, Kim Myung-hee (Go Min-si) lari meninggalkan Hwang Hee-tae (Lee Do-hyun) semasa perkahwinan sederhana mereka selepas mendengar mengenai kematian ayahnya.

kbs youth of may

Siapa sangka bahawa pertemuan tersebut merupakan kali terakhir mereka akan berjumpa dengan bernyawa. Kim Myung-hee tanpa was-was telah melompat di hadapan adiknya daripada ditembak oleh tentera. Dia kemudiannya ditinggalkan seorang diri di dalam hutan berkenaan dan kemudiannya dijumpai semula selepas 41 tahun dek penemuan tengkorkanya.

Di samping penemuan rangka wanita itu, terdapat juga sekeping kertas yang mengandungi ikrar yang tidak sempat dibaca olehnya ketika perkahwinan bersama Hwang Hee-tae. Lebih menyedihkan lelaki itu kemudiannya menyedari bahawa kesemua yang terjadi adalah pilihannya sendiri.

Berjaya meruntun hati penonton

“Youth Of May” nyata mendapat pujian ramai kerana mampu menghidupkan kembali era ‘Kebangkitan Gwangju’ secara realistiknya. Malah mereka menampilkan pelbagai perspektof berbeza daripada mata rakyat biasa, ketenteraan, kakitangan hospital dan penunjuk perasaan.

kbs youth of may

Malah ada penonton yang mengatakan bahawa mungkin kematian Kim Myung-hee nampak seperti berani namun itu ialah situasi yang biasa terjadi ketika era itu. Jadinya, drama ini berjaya menyampaikan perasaan hiba tersebut buat penonton pada zaman sekarang selain lakonan meyakinkan pelakon utama yang menambahkan lagi perasaan sedih tersebut.

Disebabkan oleh plotnya, “Youth Of May” mampu mencatatkan rating yang baik sepanjang tayangan dan berakhir dengan catatan 4.6% dan 5.6%. Satu angka yang baik buat drama yang dibarisi oleh pelakon baru dan masih hijau dalam dunia lakonan.

Serius sedih drama ini..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...