Ikuti Kami:

Tamat Dengan Kritikan, ‘Love (ft. Marriage & Divorce)’ Janjikan Plot Musim Kedua Akan Lebih Mengujakan

Tamat Dengan Kritikan, ‘Love (ft. Marriage & Divorce)’ Janjikan Plot Musim Kedua Akan Lebih Mengujakan

Selepas pelbagai debaran, akhirnya musim pertama drama “Love (ft. Marriage & Divorce)” sudah pun melabuhkan siarannya kelmarin.

Sinopsis

Drama ini membawa kisah 3 wanita menawan yang berada dalam linkungan usia 30-an, 40-an dan 50-an. Mereka semua melalui pelbagai dugaan dalam kehidupan rumah tangga dalam usaha untuk mencari cinta sejati.

love (ft. marriage and divorce)

Musim pertama yang mengecewakan

Rata-rata penonton meluahkan rasa kecewa apabila “Love (ft. Marriage & Divorce)” yang bermula dengan baik sepertinya mengalami masalah perkembangan plot yang serius sehingga ke episod akhir.

Terlampau banyak babak ‘flashback’ dan plot yang lambat membuatkan penonton berasa terheret untuk menontonya sampai ke penghujung. Malah penonton ditinggalkan tergantung dengan pendedahan mengejutkan dan watak baru pada episod akhir musim pertama ini.

Walaubagaimanapun, pihak produksi drama ini menjanjikan plot yang lebih mengejutkan pada musim keduanya nanti.

love ft marriage and divorce

Rating baik

Meskipun menerima kritikan ramai namun “Love (ft. Marriage & Divorce)” berjaya mencipta rekod baik dalam sejarah saluran TV Chosun. Bahkan ia berjaya mengekalkan rating dalam lingkungan 8% sepanjang tayangan iaitu merupakan satu catatan yang baik buat drama di saluran kabel.

Apa pun, bagaimana pula pendapat anda mengenai drama ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...