Siapa sangka “Mr. Queen” akan melonjak menjadi antara drama Korea kegemaran ramai pada awal tahun 2021 ini.
Naskhah ini ialah sebuah drama bersejarah fusion di mana ia menceritakan kisah seorang lelaki daripada dunia moden terperangkap dalam badan seorang permaisuri di Dinasti Joseon.
Episod akhir main perasaan penonton
[Amaran SPOILER]
Terpaksa melalui halangan terkahir, Raja Cheoljong (Kim Jung-hyun) dan Kim So-yong (Shin Hye-sun) bertarung nyawa bagi memastikan bahawa pertabalan raja lain dapat dihentikan. Meskipun diserang hendap dan ditembak. pasangan itu ternyata bijak kerana menyarungkan pakaian kalis peluru sebelum memulakan ‘peperangan’ itu.
Berjaya mengembalikan semuanya kepada asal, Raja Cheoljong kemudiannya mengarahkan permaisuri supaya terus duduk di bahagian barat istana dan dikurung terus di sana. Manakala Jwa Geun dan ahli politik jahat yang lain dibuang istana dan menjadi hamba selain dihukum apabila orang ramai membuang sampah sepanjang perjalanan mereka.
Bong-hwan (Choi Jin-hyuk) pula kembali ke dunia nyata dan sedar daripada koma. Terus berlari ke kedai buku terdekat, lelaki itu mencari cerita terakhir mengenai Raja Cheoljong dan Kim So-yong. Melihatkan pemerintahan mereka dilabelkan sebagai antara yang terhebat sepanjang zaman, Bong-hwan tersenyum gembira dengan pengakhiran hidup mereka.
[SPOILER Tamat]
Cipta rekod di saluran kabel
Disebabkan oleh kepopularitiannya, episod akhir “Mr. Queen” berjaya mencipta rekod perinadi baru buat drama itu di mana rating yang dicatatkan ialah 17.4%. Satu angka yang menakjubkan!
Bahkan naskhah bersejarah itu kini berjaya menduduki ranking drama tvN dengan rating tertinggi dengan rekod di tangga ke-5. “Mr. Queen” duduk selesa di belakang “Crash Landing On You”, “Goblin”, “Reply 1988” dan “Mr. Sunshine”.
Apa macam ending? Best tak?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.