Ikuti Kami:

Tamat Dengan Bahagia, Gandingan Song Seunghun & Seo Jihye Tak Mampu Selamatkan Rating ‘Dinner Mate’

Tamat Dengan Bahagia, Gandingan Song Seunghun & Seo Jihye Tak Mampu Selamatkan Rating ‘Dinner Mate’

Sesiapa yang gembira melihat Song Seung-hun berlakon watak romantik dalam “Dinner Mate” kini terpaksa memendam rasa sedih memandangkan drama itu kini sudah pun sampai ke penghujungnya.

Sinopsis ringkas

Woo Do-hee (Seo Ji-hye) kini sudah tidak punyai perasaan selepas kisah cintanya yang gagal pada masa lepas. Manakala Kim Hae-kyung (Song Seung-hun) pula ialah seorang pakar psikiatri dan ahli psikologi makanan yang mengkaji seseorang itu dengan melihat tindak-tanduk mereka ketika menjamah makanan. Lelaki itu juga menggunakan teknik rawatan menerusi makanan bagi menyembuhkan pesakitnya. Meskipun dia seorang yang sangat lembut dengan pesakit tetapi dia sangat tegas apabila mengkritik makanan.

episod akhir dinner mate

Kesudahan yang berbunga

Meskipun hati sudah saling tertarik di antara satu sama lain, namun kisah lampau sepertinya terus mengikat kaki Do-hee dan Hae-kyung daripada terus maju ke hadapan. Tambahan pula apabila bekas kekasih lama iaitu Jae Hyuk-jeong (Seo Ji-hoon) dan Jin No-eul (Son Na-eun) yang berterusan cuba merebut kembali hati bekas kekasih mereka lantas membantutkan perkembangan hubungan di antara Do-hee dan Hae-kyung.

Pelbagai badai yang melanda, namun ia tidak menghalang perasaan kedua individu yang secocok itu daripada bercambah kepada cinta. Bahkan penonton menarik nafas lega apabila lelaki itu akhirnya mengujarkan persoalan yang sekian lama bermain di benak mereka iaitu,

Do-hee, mari kita kahwin.

episod akhir dinner mate

Tamat dengan rating biasa

Meskipun meraih rating yang baik pada awal tayangannya iaitu 6.1% tetapi angka itu kian menurun pada saban episod. Malahan catatan paling teruk “Dinner Mate” direkodkan pada episod ke-13 iaitu 2.3% sahaja. Bagi episod terakhir ini, naskhah ini telah meraih rating 4.8% iaitu satu catatan yang baik meskipun tidak mampu mengalahkan rekod peribadinya.

Mungkin kerana ceritanya yang tidak dipenuhi dengan konflik yang terlampau berat lantas membuatkan penonton merasakan emosi drama ini mendatar sahaja. Boleh juga jadi kerana lakonan Son Na-eun yang menerima kritikan sejak daripada awal episod lagi.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...