Ikuti Kami:

Tamat Bahagia, Episod Akhir ‘The King’s Affection’ Catat Rating Tertinggi Sepanjang Tayangan

Tamat Bahagia, Episod Akhir ‘The King’s Affection’ Catat Rating Tertinggi Sepanjang Tayangan

Satu demi satu, K-Drama yang ditayangkan kini meninggalkan kita. Sedih kan? Sama juga apabila “The King’s Affection” mengucapkan selamat tinggal kelmarin.

Sinopsis

Ia menceritakan kisah sepasang kembar yang lahir di istana. Walaupun salah seorang daripadanya dibuang kerana merupakan seorang perempuan, dia kemudiannya berlakon menjadi putera raja selepas kembar lelakinya meninggal dunia.

Kerunsingan terlerai

[Amaran SPOILER]

Oleh kerana banyak nyawa yang tergadai, Lee Hwi (Park Eun-bin) beralah dan menghadap datuknya, Lord Sangwon (Kim Taek). Wanita itu meminta agar tiada lagi nyawa dipertaruhkan dan berjanji akan turun daripada takhta dan terus menyembunyikan identiti sebenarnya. Pun begitu, Lee Hwi sebenarnya mahu membunuh mereka berdua kerana mahukan pemerintahan yang telus buat rakyat di situ.

ending the king's affection

Menggunakan helah dengan meletakkan racun di dalam kedua-dua cawan tehnya dan Lord Sangwon, lelaki tua itu menemui ajal namun Lee Hwi terlantar koma. Dalam tidur panjangnya, dia bermimpi berkahwin dengan Jung Ji-woon (Rowoon) dan apabila tersedar, kedua mereka kembali bersama.

Akhirnya Lee Hyun (Nam Yoon-su) menaiki takhta dan Lee Hwi menerima hukuman ringan sahaja dan kembali memgang status sebagai wanita. Dia kemudiannya berdiri semula di hadapan Jung Ji-woon sebagai Dami dan mereka menemui bahagia akhirnya.

ending the king's affection

Rekod terbaik

Membuktikan bahawa ianya popular, “The King’s Affection” berjaya menunjukkan prestasi rating yang baik hingga ke penghujungnya. Malah untuk episod terakhir, ia mencatatkan 12.1% sekaligus merupakan rekod peribadi terbaik dan tertinggi sepanjang tayangannya.

Okay tak cerita ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...