Mesti ramai yang sedih bila drama romantik “She Would Never Know” dah melabuhkan tirainya kan?
Sinopsis ringkas
Yoon Song-ah (Won Jin-ah) bertugas sebagai pegawai pemasaran untuk jenama kosmetik dan dia sangat menyukai kerjanya dan melakukannya dengan berdedikasi sekali. Manakala Chae Hyun-seung (Ro Woon) merupakan junior yang suda lebih setahun bekerja di bawah jagaan Yoon Song-ah. Setelah sekian lama bekerjasama, lelaki itu mula menaruh perasaan dan cuba memulakan hubungan dengan seniornya itu. Namun Yoon Song-ah menolak memandangkan dia sudah pun mempunyai teman lelaki selain tidak menganggap lelaki lebih muda sesuai sebagai pasangan bercinta.
Berakhir gembira
Walaupun melalui pelbagai halangan, namun kekuatan cinta Yoon Song-ah dan Chae Hyun-seung akhirnya berjaya melawan semuanya. Malah bukan sahaja mereka, malah ahli keluarga, malah sahabat dan rakan sekerja mereka juga terus mengecapi bahagia masing-masing.
Meskipun menampilkan jalan cerita yang tenang dan tidak memeningkan, tapi “She Would Never Know” hanya terpaksa berpuas hati dengan rating sekitar 2% dan ke bawah sepanjang tayangannya. Menurut rekod, episod akhir drama ini hanya mampu berpuas hati dengan catatan rating sebanyak 1.728% sahaja.
Namun rata-rata seronok melihat kisah cinta dan kerjaya yang diketengahkan dalam cerita ini. Bagi yang minat drama romantik, mungkin anda patut cuba menonton “She Would Never Know” nanti.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.