Sesetengah plot filem Korea memang di luar imaginasi betul sampaikan kita macam mind blown gila bila habis tonton! Salah satu daripada naskhah yang menjadi sebutan ramai ialah francais “Along with the Gods”.
Disebabkan “Along With The Gods: The Two Worlds” menerima respons yang hebat daripada peminat filem seluruh dunia, pihak produksi terus mengeluarkan rangkaian keduanya iaitu “Along with the Gods: The Last 49 days” setahun selepas itu. Selalunya orang cakap bila ada sekuel mesti dah tak best kan? Tapi filem ini berjaya membuktikan kepopularitiannya sehinggakan sudah ramai peminat setia yang menantikan sirinya yang ketiga!
Berkisarkan cerita tiga malaikat maut yang berusaha untuk menolong seorang manusia yang telah mati menghadapi ujian di alam neraka. Si mati akan dibicarakan dalam 7 ujian untuk mengetahui apa yang telah dibuat oleh si mati semasa hidup. Walaupun cerita ini adalah cerita aksi fantasi namun penceritaan si mati semasa hidup, telah membuatkan ramai penonton menangis. Seram pun ada!
Agaknya disebabkan terlampau popular, bandar Gimcheon telah mengusulkan cadangan untuk membina Taman Tema Pengalaman Neraka di Taman Hayarobi yang dikhabarkan bakal dibuka pada April nanti. Apaa??
Bagi memberikan pengalaman yang maksima kepada pengunjung, mereka akan membahagikan bentuk seksaan mengikut budaya Barat dan Timur. Bukan beshe-beshe tau, sebabnya taman tema ini dikatakan dibina sehingga 3 tingkat dan ianya merangkumi dewan pengalaman, teater tayangan dan juga kemudahan lain. Fuhh!
Siap cakap nak bagi pengalaman 3D kepada semua orang mengenai dunia baik dan jahat termasuklah pengalaman berada dalam keranda bagi merasai sendiri kehidupan selepas mati. Dengar cerita pihak perbandaran Gimcheon berbelanja 19 bilion won (RM66.1 juta) bagi merealisasikan Taman Tema Neraka ini!
Bayangkan masa dalam taman tema itu, kerana hukuman malas semasa di dunia, anda semua tidak boleh berhenti berlari langsung. Kalau stop sekejap sahaja pun, anda akan ditolak jatuh daripada roda yang berterusan berputar! Ngeri weh!
Namun tak pasti lagi mengenai kesahihan pembinaan taman tema ini. Mana tau betul-betul wujud, bolehlah anda tambah spot baru masa melawat Korea nanti!
Sumber: Insight