Ikuti Kami:

“Takut Tengok..” – Penonton Meremang Lihat Go Minsi Bawa Watak Psikopat Dalam ‘The Frog’

“Takut Tengok..” – Penonton Meremang Lihat Go Minsi Bawa Watak Psikopat Dalam ‘The Frog’

Haa korang dah layan belum siri terbaru Netflix “The Frog”?

Diterajui Go Min-si, Kim Yoon-seok dan Yoon Kye-sang, “The Frog” mengisahkan tentang seorang lelaki yang membuka sebuah tempat percutian yang terletak jauh di dalam hutan dan dikejutkan dengan kehadiran seorang wanita misteri, Yoo Seong-a.

Sudah pun ditayangkan di Netflix dengan 8 episod secara keseluruhan, penonton rata-rata kagum melihat lakonan Go Min-si sebagai Yoo Seong-a, wanita psikopat yang membunuh anak lelaki suaminya dan kembali ke rumah pencen itu setahun kemudian.

Meninjau di laman X, ramai memuji ekspresi Go Min-si yang semula jadi sebagai psikopat dan berjaya menyampaikan emosi sehingga membuat penonton merinding.

Antara komen yang ditulis,

  • Dia layak menang anugerah untuk wataknya ni!
  • Betul-betul nampak macam psikopat.
  • Lakonan awak memang ‘gila’..
  • Kadang-kadang takut tengok dia berlakon.
  • Mantap lakonannya!

Cepat pergi tengok sekarang!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...