Mesti ramai yang suka kan lihat gandingan Park Jin-young dan park Bo-young dalam drama “Our Unwritten Seoul”?
Baru-baru ini, Park Jin-young telah terlibat dalam satu temu bual bersama media Korea, susulan tamatnya drama tersebut.
Selain bercakap tentang ending “Our Unwritten Seoul”, lelaki itu akui bahawa dia terasa lebih rapat dengan Park Bo-young kerana wanita itu mempunyai nama yang sama dengan kakaknya.
Katanya,
Memandangkan Park Bo-young dan kakak saya sendiri berkongsi nama yang sama, saya rasakan hubungan rapat yang istimewa dengannya.
Sambungnya lagi buat ramai terhibur,
Jadi saya tanya dia datang dari generasi dan keluarga mana tetapi saya takut saya rupanya bapa saudara atau atunya jadi, saya tak bertanya dengan lebih lanjut sebab takut salasilah keluarga kami mungkin bercampur aduk.
Kebetulan je kot nama sama tu!