Sebelum ini, saluran YouTube Garo Sero Institute Research telah mengugut untuk mendedahkan foto Kim Soo-hyun yang lain, bukti hubungannya dengan mendiang Kim Sae-ron.
Bagaimanapun, selepas kenyataan agensi mengenai keadaan mental Kim Soo-hyun yang membimbangkan kini, ibu Kim Sae-ron telah memutuskan untuk tidak mengeluarkan sebarang gambar anak perempuannya bersama lelaki itu lagi setakat ini.
Menurut laporan, ibu mendiang mengambil berat akan kesihatan mental Kim Soo-hyun dan tidak mahu dia memilih untuk melakukan sesuatu yang melampau (frasa yang sering digunakan di Korea untuk merujuk kepada mengambil nyawa sendiri).
Terdahulu, saluran YouTube yang sama telah memberi petunjuk bahawa mereka akan memuat naik foto dan video Kim Soo-hyun tidak berbaju ketika di rumah Kim Sae-ron, sekiranya lelaki itu masih menafikan tentang dakwaan yang dibuat.
Bagi yang belum tahu, agensi memberitahu bahawa memang benar Kim Soo-hyun mempunyai hubungan bersama Kim Sae-ron tetapi bukan ketika wanita itu masih di bawah umur.