Baru-baru ini, Kim Jae-young telah terlibat dalam satu temu bual selepas tamatnya drama “The Judge From Hell”.
Selain bercakap tentang pengakhiran drama itu, Kim Jae-young juga mengaku bahawa dia sangat gementar untuk melakukan adegan ciuman bersama Park Shin-hye. Luahnya,
Saya rasa saya sampai gagap. Park Shin-hye pun tanya ‘Kenapa awak gugup sangat?’. Sudah lama saya tak merakam babak ciuman jadi, saya tak makan malam dengan betul sebelum penggambaran.
Sambung Kim Jae-young lagi dengan menyebut tentang suami pelakon wanita itu,
Jika ada adegan romantik, saya fikir Choi Tae-joon mesti tak akan suka. Saya terus memberitahu diri sendiri ‘Ini kerja, jadi ia sepatutnya baik-baik saja’ dan cuba untuk tidak terlalu risau.
Takkan lah Choi Tae-joon nak marah kan!