Bukan senang kan untuk semua pelakon ni bertahan dalam industri..

Baru-baru ini, Go Kyung-pyo telah muncul sebagai tetamu dalam program “The Seasons: Zico’s Artist” yang dihoskan oleh Zico. Selain berborak tentang muzik dan drama baru, lelaki itu juga ada mendedahkan tentang realiti sebenar seorang pelakon.
Katanya,
Sekarang kalau awak tak kekalkan badan yang kurus, awak tak akan dapat apa-apa kerja. Bukankah itu menyedihkan? Inilah kehidupan seorang pelakon. Ia kerja.
Sambungnya lagi,
Saya harus melakukan ini supaya saya dapat mencari rezeki dan makan. Kita semua terdesak di sini.
Fighting Go Kyung-pyo!