Sudah ramai yang nantikan transformasi Jun So-min sebagai wanita penggoda dalam “Show Window: The Queen’s House” kan? Apa macam episod awalnya?
Sinopsis
“Show Window: The Queen’s House” ialah drama melodrama misteri mengenai seorang wanita yang menyokong seorang wanita lain tanpa mengetahui bahawa dia ialah perempuan simpanan suaminya.
Bermula berbelit
[Amaran SPOILER]
Shin Myung-seob (Lee Sung-jae) nampaknya berani membawa kedua isterinya dan perempuan simpanan ke percutian sambil bekerja. Malah dia licik membahagikan masa antara kedua mereka tanpa menimbulkan sebarang keraguan.
Walaupun merasai perasaan yang aneh namun Han Sun-joo (Song Yoon-ah) meletakkan kepercayaan penuh buat suaminya. Malah semasa meluangkan masa sendiri, dia berkenalan dengan seorang wanita bernama Yoon Mi-ra (Jun So-min) tanpa mengetahui bahawa dialah kekasih gelap Shin Myung-seob,
Keadaan semakin berbelit apabila Yoon Mi-ra berpindah dekat dengan rumah pasangan suami isteri itu selain menyertai kelab isteri-isteri dalam kejiranan tersebut. Namun khabar angin mula berterbangan mengenai Yoon Mi-ra yang merupakan perempuan simpanan dan Han Sun-joo bertindak melindunginya. Malah menyuruh wanita itu yang dianggap adik kini supaya mengejar cintanya itu.
Apakah yang akan terjadi terhadap hubungan ketiga mereka? Sama-sama kita nantikan.
Rating biasa
Untuk episod awal ini, “Show Window: The Queen’s House” menunjukkan prestasi yang biasa sahaja. Bagi episod pertama, catatan ratingnya ialah 2.079% namun ia menurun kepada 1.752% semasa tayangan seterusnya.
Namun dengan konflik yang mula dikupas, sudah pasti drama ini akan menyaksikan peningkatan pada episod akan datang.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.