Ikuti Kami:

Takdir Bekas Kekasih Berbelit Kembali, Episod Awal ‘Our Beloved Summer’ Raih Rating Biasa

Takdir Bekas Kekasih Berbelit Kembali, Episod Awal ‘Our Beloved Summer’ Raih Rating Biasa

Pernah berlakon filem thriller sekali, sudah pasti ramai yang menantikan keserasian antara Kim Da-mi dan CHoi Woo-shik sebagai pasangan kekasih pula kan?

Sinopsis

“Our Beloved Summer” ialah sebuah drama komedi romantik tentang perasaan rumit pasangan yang telah berpisah. Tetapi apabila dokumentari yang mereka rakam 10 tahun lalu di sekolah menengah tiba-tiba menjadi popular, mereka terpaksa bersama di hadapan kamera sekali lagi.

sbs our beloved summer

Jodoh yang kuat

[Amaran SPOILER]

Episod awal ini menyaksikan bagaimana hubungan Choi Ung (Choi Woo-shik) dan Kook Yeon-su (Kim Da-mi) bermula dan di mana mereka sekarang. Meskipun bermula seperti aning dan kucing di sekolah kerana perbezaan personaliti mereka, namun ianya bercambah kepada cinta semasa satu dokumentari dirakamkan mengenai kehidupan sebagai pelajar.

Langit tak selalunya cerah, keduanya memilih untuk putus dan membawa haluan masing-masing sebelum berjumpa kembali apabila mereka sudah dewasa. Bagaimanapun, keduanya mempunyai kehidupan yang berbeza, seorang yang lelah dengan kerjanya dan seorang lagi yang hidup bebas dan gembira dengan pilihannya.

Tidak dapat lari daripada takdir hidup, Choi Ung dan Koo Yeon-su kembali bertemu dek dokumentari lama yang mengikat hubungan mereka dahulu.

sbs our beloved summer

Rating biasa

Rata-rata penonton memuji episod awal “Our Beloved Summer” sebagai ringan dan menyenangkan. Malah babak komedi yang diselitkan nampak natural dan langsung tidak dipaksa sekaligus membuatkan penonton senang sehati sepanjang menontonnya. Tak kurang juga yang memuji keserasian Choi Woo-shik dan Kim Da-mi sebagai pasangan kekasih yang tidak sebulu.

Bagi episod awal ini, drama komedi romantik ini hanya mampu meraih rating biasa iaitu 3.2% dan 2.6%. Melihatkan respon positif penonton, tak mustahil ia akan menunjukkan peningkatan pada episod akan datang.

Korang dah layan belum?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...