Ikuti Kami:

“Takde Idea Ke Dorang Ni?” – Tiru Nama iKON Untuk Nama Kelab Peminat, HYBE Sekali Lagi Teruk Dikecam

“Takde Idea Ke Dorang Ni?” – Tiru Nama iKON Untuk Nama Kelab Peminat, HYBE Sekali Lagi Teruk Dikecam

Sekali lagi, HYBE telah hangat menerima kritikan ramai kerana isu plagiat kumpulan lain.

Baru-baru ini, peminat iKON telah meluahkan rasa tak puas hati selepas kumpulan multinasional di bawah Geffen Records dan HYBE Entertainment iaitu KATSEYE, mengumumkan nama kelab peminat mereka.

Khususnya, kumpulan dengan 6  ahli itu berkongsi bahawa kelab peminat mereka akan diberi nama ‘EYEKONS’, mencetuskan kontroversi terutamanya dalam kalangan peminat iKON.

Hal ini kerana, nama kelab peminat KATSEYE itu sememangnya mirip dengan nama kumpulan iKON, yang merupakan tanda dagangan berdaftar malahan, ‘EYEKONS’ dan ‘iKON’ juga mempunyai ejaan yang sama dalam bahasa Korea.

Dengan ini, ramai yang menggesa agar HYBE segera menukar nama kelab peminat kumpulan tersebut dan melakukan banyak kajian dahulu sebelum membuat pilihan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   YouTube

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...