Baru-baru ini, Jang Na-ra dan Nam Ji-hyun telah muncul dalam rancangan radio SBS Power FM bagi mempromosikan drama baru mereka iaitu “Good Partner”.
Ketika sedang berborak, DJ radio Kim Ho-yong memuji kulit bersih Jang Na-ra dan menyatakan bahawa dia nampak awet muda. Mengenai ini, pelakon itu memberi respon,
Saya beruntung kerana dapat manfaat dari bentuk muka bulat saya dan ciri-ciri wajah saya yang telah diturunkan dari generasi ke generasi.
Bagaimanapun, wanita itu turut mengaku bahawa dia sedikit kesal kerana wartawan sering bercakap tentang penampilan mudanya berbanding tentang kerjaya lakonannya. Luah Jang Na-ra,
Saya rasa wartawan hanya menulis tentang penampilan muda saya kerana mereka tidak mempunyai apa-apa lagi untuk ditulis. Saya akan berusaha untuk menjadi seorang pelakon yang mempunyai sesuatu untuk ditulis.
Jang Na-ra pelakon berbakat tau!