Nama Jennie BLACKPINK nampaknya sedang hangat menjadi bualan sekarang.
Baru-baru ini, tular video Jennie yang ditangkap sedang menghisap rokok elektronik dalam sebuah vlog yang dimuat naik di saluran YouTubenya. Namun, klip itu didapati sudah dipadam keluar dari vlognya tersebut.
Khususnya dalam klip yang sudah meraih hampir 11 juta tontonan setakat ini, penyanyi “SOLO” itu dilihat sedang memegang vape dan menghembuskan asap ke arah jurusoleknya.
제니 브이로그에 실내흡연 찍혔네
지금 수정된 상태 pic.twitter.com/GCGzKcY4jO— 수파두파 (@SUPADUPAMY) July 8, 2024
Meskipun tidak salah untuk dia merokok kerana wanita itu sudah pun dewasa untuk membuat keputusan sendiri tetapi, ramai yang menyatakan bahawa dia telah melanggar undang-undang kerana merokok di kawasan terlarang iaitu dalam bangunan.
Selain itu, netizen juga berpendapat bahawa ianya tidak sopan untuk menghisap vape dan menghembuskan asap di hadapan kakitangannya.
Setakat ini, agensinya ODD ATELIER memberi respon,
Jennie kini berada di Amerika Syarikat.
Kami sedang dalam proses mengesahkan fakta mengenai kontroversi itu.
Alamak kantoi pula..