Memang tak mustahil kan untuk rakan pelakon dari drama bercinta dalam kehidupan sebenar.
Sebelum ini, Kim Dae-myung pernah memuat naik foto reunionnya bersama rakan pelakon dari “Hospital Playlist” iaitu Ahn Eun-jin, memaparkan keserasian mereka sebagai ‘Bear Couple’ yang disayangi.
Selain itu, menerusi saluran YouTube rasmi tvN di rancangan yang menampilkan barisan pelakon drama tersebut, Ahn Eun-jin terperangkap di bawah bumbung dan badannya terkena air hujan.
Peka dengan keadaan wanita itu, Kim Dae-myung terus mengeluarkan pengering rambut dan mengeringkan seluar Ahn Eun-jin.
Kemudian semasa latihan untuk lagu “Superstar” bersama ahli lain, kedua mereka juga duduk bersebelahan, berbalas senyuman mesra dan menjaga satu sama lain.
Selepas klip itu tersebar, netizen teruja melihat hubungan akrab mereka dan menulis,
Di mana ada Ahn Eun-jin, di situ ada Kim Dae-myung. Di mana ada Kim Dae-myung, di situ ada Ahn Eun-jin.
Hati saya berdebar apabila dia mengusap lembut kepala Ahn Eun-jin dan keringkan seluarnya. Adakah mereka bercinta secara rahsia?
‘Bear Couple’ ini sangat comel.
Tak terkejut kalau mereka bercinta.
Memang serasi kan dorang~