Ikuti Kami:

“Tak Susah Pun” – Ji Changwook Ulas Adegan ‘Panas’ Bersama BIBI Dalam ‘The Worst Evil’

“Tak Susah Pun” – Ji Changwook Ulas Adegan ‘Panas’ Bersama BIBI Dalam ‘The Worst Evil’

Meskipun pelakon baru, BIBI atau nama sebenarnya Kim Hyung-seo telah berjaya membuktikan kebolehannya untuk berlakon dalam “The Worst Evil”.

Terbaru, salah seorang teraju utama drama itu iaitu Ji Chang-wook telah terlibat dengan satu temu bual bersama Disney+, di mana dia mengulas mengenai babak ciuman ‘ganas’ bersama BIBI.

Ji Chang-wook mengaku,

Tidak susah untuk melakukan penggambaran. Ia sebenarnya janggal dengan BIBI tetapi mood drama ini lebih mendalam daripada kerja biasa yang saya lakukan setakat ini. Saya sering berfikir seperti ‘Sebagai seorang senior, apa yang saya perlu lalukan?’, ‘Adakah saya perlu melakukan ini?’. Tetapi dalam adegan itu saya menjadi mangsa, jadi saya berasa lebih selesa. Saya rasa Hyung-seo lagi gementar.

Sambung pelakon lelaki itu lagi,

 Nasib baik pengarah membuatkan suasana di set kurang janggal. Jadi saya sangat bersyukur.

ji changwook bibi

Kemudian mengenai BIBI yang merupakan seorang pelakon baru, Ji Chang-wook memujinya dengan berkata,

Seperti yang awak melihat dalam adegan tersebut, BIBI melakukan kerja yang sangat baik. Saya fikir itulah sebab babak itu muncul dengan cantik.

Memang tak macam pelakon rookie pun BIBI!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...