BLACKPINK tak dinafikan telah berjaya menempa nama di peringkat global.
Baru-baru ini, pengarah Bong Joon-ho telah tampil dalam program temu bual Buzzfeed ‘The Puppy Interview’, bagi mempromosikan filem terbaru arahannya iaitu “Mickey 17”.
Selain bercakap tentang filem itu, lelaki tersebut turut ditanya sama ada dia mempunyai kumpulan K-Pop kegemarannya. Respon Bong Joon-ho,
BLACKPINK.
Bong Joon Ho names BLACKPINK his favorite K-pop group. pic.twitter.com/4yqWM5LGGQ
— Kpop Charts (@kchartsmaster) March 4, 2025
Mengenai siapa ahli kegemarannya dalam kumpulan itu, dia menjawab,
Rosé….Ji-soo, Jennie, semuanya!
Meskipun Bong Joon-ho tegas menyatakan bahawa dia meminati kumpulan itu secara keseluruhan, peminat tetap mempersoalkan sebab dia mengecualikan nama Lisa dalam jawapannya.
Namun, ada yang tampil mempertahankan lelaki itu dan menjelaskan faktor umur mungkin menyebabkan dia tidak mengingati kesemua nama ahli BLACKPINK.
Lupa kot..