Ikuti Kami:

“Tak Sopan..” – Minwoo SHINHWA Dedah Sikap Sebenar 2PM, BTS & SuJu Ketika Awal Debut

“Tak Sopan..” – Minwoo SHINHWA Dedah Sikap Sebenar 2PM, BTS & SuJu Ketika Awal Debut

Baru-baru ini menerusi sebuah program radio, ahli kumpulan K-Pop lagenda iaitu Lee Min-woo SHINHWA telah membuat satu pendedahan tentang beberapa ‘junior’nya.

Khususnya dalam program itu, hos Kim Tae-kyun berkongsi bahawa Lee Min-woo merupakan salah seorang senior yang merupakan ketua disiplin dalam dunia K-Pop. Luahnya,

Bukan saya sahaja, semua ahli SHINHWA adalah seperti pegawai disiplin. Kami semua menerima latihan etika dan adab menyeluruh daripada syarikat.

Kemudian lelaki itu turut berkongsi,

Pada satu hari, Jae-joong kebetulan perasan bahawa 2PM tidak begitu sopan jadi dia memberitahu saya tentang perkara itu. Saya tak ingat butirannya tetapi saya ada katakan sesuatu pada 2PM. Saya suruh mereka membuat ucapan berkumpulan seperti ‘Hai, kami SHINHWA!’.

lee minwoo

 

Sambungnya lagi,

Kami telah mempopularkan cara kenalkan diri seperti itu. Pasukan yang tidak memberi salam dengan betul sebelum ini semuanya akhirnya berjaya sekarang, 2PM, BTS dan SUPER JUNIOR.

Tambahan, Lee Min-woo turut mengaku bahawa dia pernah berjumpa dengan BTS di sekitar awal debut mereka untuk memberikan bimbingan tentang cara memberi salam dengan lebih beretika.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...