Ikuti Kami:

“Tak Sesuai..” – Usia 47 Tahun, Lakonan Cha Taehyun Jadi Pelajar Sekolah Raih Reaksi Pra-Kontra

“Tak Sesuai..” – Usia 47 Tahun, Lakonan Cha Taehyun Jadi Pelajar Sekolah Raih Reaksi Pra-Kontra

Tak lama lagi, drama “Moving” akan melabuhkan tirainya selepas 20 episod.

Terbaru dalam episod ke-16 “Moving”, Cha Tae-hyun yang membawa watak sebagai Jeon Gye-do telah tampil sebagai pelajar sekolah menengah, mengimbas kembali wataknya sewaktu muda.

Dalam babak tersebut, guru kelasnya Choi Il-hwan, meminta Jeon Gye-do untuk bersedia menghadapi peperiksaan kemasukan di universiti sukan untuk mengesahkan sama ada dia mempunyai kuasa untuk menjana elektrik dan menilai jika dia boleh menjadi ejen untuk Perkhidmatan Perisikan Negara.

Dilahirkan pada tahun 1979, Cha Tae-hyun sudah pun mencecah usia 47 tahun kini. Oleh itu, transformasinya sebagai pelajar sekolah dalam drama tersebut telah menerima pelbagai reaksi dari penonton. Ada yang memujinya,

Lakonannya sebagai pelajar sekolah menengah dengan pakaian seragam kelihatan begitu semula jadi.

 

Saya rasa dia memainkan watak itu dengan baik.

cha taehyun moving

Bagaimanapun, ada juga yang berpendapat bahawa ianya lebih baik jika drama tersebut memilih pelakon yang lebih muda untuk membawa watak berkenaan,

Tae-hyun memang nampak muda tapi dalam kelas itu dia satu-satunya yang kelihatan paling tua bila berada di kalangan pelajar sekolah menengah.

 

Dia tidak sesuai..

 

Saya rasa menggunakan pelakon remaja adalah lebih baik.

Apa pendapat korang pula?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...