Tak Sertai Musim Ketiga, Ahli ‘The Sixth Sense’ Beri Ucapan Manis Buat Jun Somin
- oleh irsa
- 4 tahuns lalu
Semakin menghampiri tarikh tayangan, tvN terus meningkatkan jangkaan untuk episod perdana “The Sixth Sense 3”.
Terbaru, rancangan itu telah meriliskan poster terbaru untuk musim tersebut. Pun begitu, Jun So-min yang merupakan ahli tetap tidak kelihatan di dalam poster berkenaan.
Seperti yang dilaporkan sebelum ini, pelakon wanita tersebut tidak akan muncul di dalam musim ini kerana jadual penggambaran untuk drama “Cleaning Up” yang berselisih dengan rakaman program berkenaan dek kecederaan kakinya itu.
Bagi meraikan Jun So-min, ahli-ahli lain telah menyunting poster berkenaan bagi menyelitkan fotonya di antara mereka. Comel!
Tulis Lee Sang-yeob,
Selamanya bersama Jun So-min.

Ucap Lee Mi-joo pula,
Kami adalah satu.

Oh Na-ra turut memuat naik entri khas buat Jun So-min,
So-min hanya berehat buat seketika. Dia sentiasa bersama kami.
Untuk pengetahuan, “The Sixth Sense” menayangkan premis di mana kesemua ahlinya dan tetamu perlu menggunakan deria ke-6 mereka untuk mengenali yang mana palsu di antara yang benar. Ianya dipelopori oleh Yoo Jae-suk, Jessi, Jun So-min, Mi-joo (Lovelyz), Oh Na-ra dan Lee Sang-yeob.
Jun So-min sentiasa di hati!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




