Apa cerita dengan drama “Love Next Door”?
“Love Next Door” membawa kisah seorang wanita bernama Bae Seok-ryu (Jung So-min), yang cuba memulakan semula hidupnya yang bermasalah dan anak lelaki rakan ibunya iaitu Choi Seung-hyo (Jung Hae-in), yang dianggap sebagai babak gelap dalam hidup Bae Seok-ryu.
Terbaru, netizen Korea telah membincangkan mengenai drama itu yang dikatakan kurang menarik di sebuah laman komuniti. Khabarnya, ramai yang tidak merasakan keserasian di antara teraju utama, Jung Hae-in dan Jung So-min.
Komen penonton,
- Dorang dua tak serasi.
- Pelakon lelaki tak pandai berlakon babak komedi.
- Dialognya agak kekampungan.
- Tapi best je.. sebab saya boleh tengok dengan ringan.
- Plotnya klise.
- Lakonan mereka sedikit individualistik dan tak padan.
Malah episod terbaru “Love Next Door” yang bersiaran kelmarin turun menyaksikan penurunan rating sebanyak 1% berbanding episod lalu sekaligus mencatatkan rating terendah.
Apa kata korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.