Dalam kegembiraan peminat menyambut berita Ailee dan Choi Si-hun bakal berkahwin, tiba-tiba ada sahaja komen kurang baik mengenai berita itu.
Terbaru, pasangan itu mengumumkan bahawa mereka bakal mengikat janji sehidup semati pada April tahun hadapan selepas bercinta secara terbuka beberapa bulan lalu.
Walaupun ramai yang menyambut pengumuman itu dengan gembira namun ada segelintir netizen yang meluahkan rasa kecewa.
Khabarnya, mereka merasakan bahawa pasangan itu kurang sesuai bersama.
View this post on Instagram
Kata mereka, “Macam mana nak cakap ya? Salah seorang daripada mereka kelihatan sangat muda sehingga ia tak rasa seperti perkahwinan antara rakan sebaya… ia memberi gambaran seperti perbezaan umur 10 tahun, jadi mereka nampak tak sepadan.”
Kata yang lain, “Sama ada mereka menyesal selepas berkahwin atau tidak, itu pilihan mereka sendiri untuk tergila-gila dan berkahwin. Ada hak ke orang ketiga untuk campur tangan? Malah keluarga pun tak boleh halang seseorang daripada berkahwin.”
Untuk pengetahuan, Ailee berusia 35 tahun manakala Choi Si-hun pula berusia 32 tahun, di mana dia muda 3 tahun lebih muda.
Apa kata korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.